Isnin, Oktober 19, 2009

Diserang semut




ni kaki meja bakeri saya. alhamdulillah saya letak kain berminyak.....


aduiii..... ari ni letih sungguh macam nak demam sebab dari petang semalam saya berperang dengan berjuta-juta semut. Dengan sakit digigit lagi.

Ini dah entah kali keberapa kami di serang semut ini. Alhamdulillah sakit gigitannya sekejap. Picit mati dia, sakit pun hilang tapi tak daya lah........kejap adoi kejap adoi.......

Dulu saya cuma sapu dia keluar je. Bayang kan berjuta-juta, guna penyapu je. Tidak berani nak guna vacuum cleaner sebab masalah kurang tenaga letrik. Tapi kali ni tak larat dah, guna vacuum ajelah. Haaaa bergelap sekejap, cuma satu je yang mampu menyala.

Tidur malam tadi dengan harapan esok pagi dia pergi. Pukul 5 pagi bangun dah panjat meja makan di ruang tengah. Mak aaaiiiii.......lotih den........Hingga entri di buat semut masih bermaharajalela di dapur tu. Saya dah tak larat, kejap-kejap pi ke dapur vacuum semut sambil saya membebel-bebel kat semut-semut tu.

Masih belum nampak apa mesej yang Allah nak sampaikan pada kami. Yang saya tahu semua ni ikut perintah Allah je. Jadi kalau mara semut bermaksud ............

Alatan ke periuk ke pinggan ke yang dikerumun semut tu, saya basuh balik, kot saya basuh tak bersih tapi tak lama tu dia datang balik, maknanya semut ni bukan kejar benda manis. Minyak masak bersih pun dia keroyok ramai-ramai, kebulur kot.

Tapi kan(jangan beritau semut tu ye) tadi saya pi kedai beli racun untuk anai-anai dan semut. Ini langkah terakhir yang kami cuma elakkan iaitu MEMBUNUH tapi rasanya kami terepaksa juga jadi pembunuh tanpa rela. Masa vakum pun saya minta maaf banyak kali kat depa. saya dah warning kat depa," aku nak solat ni, pi keluar kalau tak nanti.......'. tak reti bahasa rupanya dia, maka terpaksa lah saya lakukan perkara yang tak mau saya lakukan.

Tunggu ustaz balik sat lagi, sempat tak gali lubang nak buh racun dalam tanah keliling rumah. Sambil tu nanti cakap dengan depa, tak nak mati, pi jauh-jauh jangan pi dekat kat racun nih......harap-harap depa faham la ye.......

2 ulasan:

  1. salam rikha...

    sama gak masalah kita ekk.. kat apartment mama ni semut yang halus2 tu.. hisshhh.. tapi kan.. mama guna cecair serai wangi.. selalu mop dan lap.. dan alhamdulillah... masih ada tapi berkurangan... cuba cari kat giant.. bawah jenama apa hanif tah.. hehehehe...bau wangi.. mop dan lap semua bhg umah kita.. tu yang malas tu.. hehehehehe

    BalasPadam
  2. haaa tu yg malas tu mama. mop mop ni ustaz yg rajin tapi dia selalu sampai umah nak maghrib.

    kalau letak je serai wangi yg dah di titik berkesan tak agak2nya ye

    BalasPadam