Isnin, Oktober 26, 2009

Tarbiyyah dari Allah

Nak cerita masalah tentang bekalan elektrik kat rumah saya pulak lah.

Pada 18.10.2009, TNB telah menyambungkan wire 3phase ke rumah kami semasa ketiadaan kami di rumah. Jadi keesokkannya 19.10.2009, hari Isnin saya ke TNB untuk bertanyakan pemasangan meter pulak. Ish kena bayar pulak RM300 untuk cagaran. Terkejut juga sebab pada 9.9.2009 dah bayar RM1750.

Saya ni suka bertanya sebab suka nak tau. Jadi sape-sape yang tak tau, kita berkongsi ilmu kat sini ye. Biasa kan kita sewa je, mana tau hal ni semua. Rupanya RM750 tu hanyalah caj penyambungan 3 phase. Jika kita terminate, kita hanya dapat balik deposit RM300 tu je.

RM1000 tu adalah untuk bayaran tambahan 5 tiang untuk sampai ke rumah kami.

Jadi saya pun pi pulak bank, keluarkan duit dan terus bayar hari tu juga. Esoknya 20.10.2009, datang orang TNB pasang meter. Saya telefon wireman saya tu minta datang dan uruskan semuanya. Malu dah dengan Mak su yang kami tumpang letrik dia tu.

Janji akan datang pada 21.10.2009, Rabu, dalam 2.30 petang sebab ustaz boleh balik tengahari(pagi , saya seorang je). Ish sampai kesudah tak mai. Kawan yang datang rumah kami pada hari tu, nak tolong kami. Janji sok dia bawakan kawan dia yang boleh tengok-tengokkan.

Petang 22.10.2009, Khamis, datanglah kawan tu. Dia buka peti fius, 'ish orang ni tak pandai pasang ke' .

Saya terdengar, terkejut juga. Dia cuba buat tapi ada masalah untuk masukkan tenaga elektrik ke rumah. Tapi kalau sambung dari rumah mak Su tak pe pulak. Puas dah buat, tak boleh, dia kata Sabtu pagi, dia datang semula. Malam tu saya terasa letiiiih sangat, tak tau nape. Mungkin sebab terkejut dengan masalah wiring ni.

24.10.2009 Sabtu pagi, sampailah dia. Cuba hingga tengahari, dia masih tak jumpa apa masalah nya. Maka dia janji nak datang esok dengan kawan dia.

25.10.2009 Ahad, sampailah dua sekawan ni dalam 7.30 pagi.

Tadi 26.10.2009, Isnin, pi TNB buat report. jadi sekarang, tunggu ajelah.

Banyak betul pengajaran yang Allah beri pada kami dari mula rumah ini dibina hingggalah sekarang.

Ni lah antara masalah yang saya beritau dalam entri yang lepas tentang kek Hazida tu.Ahad 24hb lepas Zohor saya hantar anak balik asrama tapi saya terlajak hingga ke tol maran ha ha ha. Balik nak siapkan Hazida ni. Lotih den.........

Kek Mentega Oren



Sebelum dipotong
Bahagian dalam ada lapisan whipping cream dan orange filling

Berapa harga sepotong tu?????


Saya sedang gila buat kek oren lembap. kali ni saya buat frosting dengan whipping cream. Tapi tak sempat siap sebab tetamu dah sampai. Jadi terus potong je.

Mesti orang kata,'apalah Rikha ni, kerja tak siap pun nak tayang kat sini'.

Anak-anak saya pun kalau tau mungkin dia tak bagi masuk blog ni. Ni bukan blog nak menunjukkan kepakaran yang ada tapi lebih kepada catatan pengalaman.

Jadi. jemputlah makan ye he he he............

Dari yang tersayang

CMC dari isteri tersayang untuk suami tercinta. Moga kalian berdua mendapat rahmah Allah

CMCC topping dan hiasan BC set 16 biji untuk Hazida


1 set untuk sahabat di Pejabat daerah dan tanah, 2 set untuk melengkapkan set 25 biji untuk Hazida meraikan sahabat-sahabat di PPD

Alhamdulillah tempahan dari Hazida PPD dapat di siapkan walau saya menghadapi sedikit masalah di rumah. Nanti saya ceritakan masalah itu. Sekarang nak cerita pasal kek Hazida dulu.

Kami berurusan melalui email sahaja dan sms.

Mulanya Hazida menempah kek untuk surprisekan suami dia yang bekerja di Bangunan Persekutuan. Kemudian Hazida menambah tempahan CMCC untuk sahabatnya di Bhg Pelupusan di Pejabat Daerah dan Tanah. Asalnya Hazida nak CMCC 25+5 tetapi bekas untuk 25 biji tak de dalam stok saya dan di Happy Sun pun tak de. Yang ada untuk 16 biji , itu pun bukan yang biasa saya guna. 31hb ni nak guna untuk Wati dari Kg Bangau, harap-harap adalah stok di Happy Sun minggu ni

Kalau boleh Hazida nak BFC tetapi disebabkan stok black cherry masih tak ada di Happy Sun, maka CMC 9 ini lah surpise cake untuk suaminya. Saya merancang untuk membuat hiasan lain sikit di tepi kek tetapi ada masalah di rumah, saya tak sempat nak buat. Agak berpuashati dengan hiasan di atas kek tetapi agak terkilan hajat saya tak tercapai. Hazida sempat lihat kek untuk suaminya pagi tadi. Alhamdulillah Hazida berpuashati bila melihat kek itu...

Lepas menghantar CMCC 26 biji pada Hazida, saya terus ke pejabat suaminya alam keadaan berdebar-debar sebab takut (tak tau nape) . Pak Guard nampak saya bawa kotak kek, dia kata,"hantar sini je tak pe."

Haaah langkah saya terhenti sebab ingat tak dibenarkan naik. Pas tu dia sambung,"dekat sikit" sambil gelak. Lega.......

Lepas tu terus ke Pejabat Daerah dan Tanah, tunggu sekejap, sebab belum pukul 8 lagi. Dalam 7.55 saya telefon, kawan Hazida dah ada, saya terus naik dan serahkan kepada tuannya.
Leganya... tugas dan amanah telah saya sempurnakan hanya menunggu respon dari Hazida , kot-kot ada kekurangan rasa dan rupa di mana-mana yang boleh saya perbaiki di masa-masa akan datang.

Apa-apa pun,

Hazida, sekali lagi akak ucapkan ribuan terima kasih pada Hazida kerana memberikan sepenuh kepercayaan pada akak walau Hazida tak pernah merasa kek akak dan tak pernah bersua muka. Akak menghargai keyakinan Hazida pada akak. Tanpa sahabat seperti hazida , orang baru seperti akak tak akan dapat menajamkan kemahiran yang dipelajari.

Isnin, Oktober 19, 2009

Diserang semut




ni kaki meja bakeri saya. alhamdulillah saya letak kain berminyak.....


aduiii..... ari ni letih sungguh macam nak demam sebab dari petang semalam saya berperang dengan berjuta-juta semut. Dengan sakit digigit lagi.

Ini dah entah kali keberapa kami di serang semut ini. Alhamdulillah sakit gigitannya sekejap. Picit mati dia, sakit pun hilang tapi tak daya lah........kejap adoi kejap adoi.......

Dulu saya cuma sapu dia keluar je. Bayang kan berjuta-juta, guna penyapu je. Tidak berani nak guna vacuum cleaner sebab masalah kurang tenaga letrik. Tapi kali ni tak larat dah, guna vacuum ajelah. Haaaa bergelap sekejap, cuma satu je yang mampu menyala.

Tidur malam tadi dengan harapan esok pagi dia pergi. Pukul 5 pagi bangun dah panjat meja makan di ruang tengah. Mak aaaiiiii.......lotih den........Hingga entri di buat semut masih bermaharajalela di dapur tu. Saya dah tak larat, kejap-kejap pi ke dapur vacuum semut sambil saya membebel-bebel kat semut-semut tu.

Masih belum nampak apa mesej yang Allah nak sampaikan pada kami. Yang saya tahu semua ni ikut perintah Allah je. Jadi kalau mara semut bermaksud ............

Alatan ke periuk ke pinggan ke yang dikerumun semut tu, saya basuh balik, kot saya basuh tak bersih tapi tak lama tu dia datang balik, maknanya semut ni bukan kejar benda manis. Minyak masak bersih pun dia keroyok ramai-ramai, kebulur kot.

Tapi kan(jangan beritau semut tu ye) tadi saya pi kedai beli racun untuk anai-anai dan semut. Ini langkah terakhir yang kami cuma elakkan iaitu MEMBUNUH tapi rasanya kami terepaksa juga jadi pembunuh tanpa rela. Masa vakum pun saya minta maaf banyak kali kat depa. saya dah warning kat depa," aku nak solat ni, pi keluar kalau tak nanti.......'. tak reti bahasa rupanya dia, maka terpaksa lah saya lakukan perkara yang tak mau saya lakukan.

Tunggu ustaz balik sat lagi, sempat tak gali lubang nak buh racun dalam tanah keliling rumah. Sambil tu nanti cakap dengan depa, tak nak mati, pi jauh-jauh jangan pi dekat kat racun nih......harap-harap depa faham la ye.......

Sabtu, Oktober 17, 2009

Set OMCC untuk hantaran Perkahwinan


Set 25 biji OMCC dengan topping dan hiasan BC

5 biji OMCC dengan topping choc ganaache dan hiasan BC


Zura menempah set 25 OMCC dengan topping dan hiasan BC dan tambahan 5 biji OMCCuntuk makan sendiri.

Alhamduliullah Zura dan Faizah minta warna yang sama jadi tak rumit sangat nak bancuh banyak-banyak warna.

Sebenarnya faizah minta yang 5 biji tu topping dan hiasannya BC juga tapi saya hadiahkan topping choc ganache dan reben organza serta bunga tu saya hadiahkan sebab harga RM1.50 tu tak termasuk reben dan bunga. Tapi saya yang nak cuba. tak pandai pun buat ikatan lawa-lawa, jadi saya minta faizah buka dan betulkan jika tak berkenan.

Alhamdulillan respon faizah juga melegakan saya.

jangan serik tempah kat akak ye Faizah dan Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan hendaknya

Jumaat, Oktober 16, 2009

CMCC, OMCC, CMCC drizzle untuk cikgu Zura


CMCC drizzle (5+ 25) biji



Set pertama: CMCC dengan topping dan hiasan BC



Set kedua: OMCC dengan topping choc ganache dan hiasan BC


Cikgu Zura dari SK Bandar Jengka sekali lagi menempah kek cawan untuk meraikan anak murid dan rakan-rakan.

Sebenarnya semalam adalah hari yang agak sibuk bagi saya. Saya perlu menyiapkaan 2 set 16 biji kek cawan berhias (CMCC dan OMCC) dan satu set 25 + 5 biji OMCC berhias ditambah lagi CMCC drizzle sebanyak 80 biji. Sibuk tu bukan sebab banyak tempahan tapi sebab saya lembap dan stamina rendah sangat. Cepat no letihnya(baca ikut loghat temerloh ye). Kerja lebih sikit, letih....manjakan diri la tu.

Masa nak bancuh BC ungu, tiba-tiba tak de pulak pewarna tu dalam simpanan. Saya yakin saya ada pewarna ungu sebab tu saya tak kisah nak periksa bekas pewarna saya. Maka kelam kelibut lah saya sebab masa tu dah maghrib, mana Happy Sun(satu-satunya kedai bakeri di Temerloh) buka, kan.

Alhamdulillah Zira ada. Pukul lapan pi rumah dia(kat Paya Keladan juga). kalau tak de, tak tau la nak cakap apa, puas dah bancuh ikut nota yang di pelajari serta Aimi terangkan sikit-sikit. Ini semua ni tarbiyyah dari Allah kan......

Saya warning kat Ustaz, jangan tidur dulu, tunggu sampai cc ni siap. tapi ustaz tak daya dah nak menunggu. Kul 11 baru siap 99% sebab masih tak puas lagi.......

Semua cc ni dihantar oleh ustaz sebab Allah susun dua-dua Zura dan Faizah(Gelanggi) berjanji untuk ambil di depan SK Bandar Jengka..

Saya pesan berkali-kali pada Zura dan Faizah agar beri feedback untuk saya perbaiki dimasa hadapan. Alhamdulillah, kedua-dua memberi respon yang melegakan.

Nak tau, sebenarnya beberapa kali saya tanya Nasr , 'dik cantik tak ni'. 'cantiiik, ummi ni tak ada keyakinan diri lah'.

Haaa engkau, itu komen membina. Saya mengaku'betul, betul, betul'

Tabung Pembinaan Maahad Tahfiz Faqeh